[VIDEO] Tunang buat hal, lelaki meraung jalan kaki 20km tengah malam sampai polis datang pujuk


  • Tular
  • Ahad, 09 Okt 2022

Tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki berjalan sendirian di sebuah jalan raya kerena kecewa dengan tunangnya.

SUDAH menjadi lumrah bagi setiap insan pasti ingin mencinta dan dicintai. Namun, hakikatnya pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi bersama.

Terbaharu, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki seorang menangis sambil berjalan sendirian pada waktu tengah malam di kawasan yang agak sunyi tular sejak Jumaat.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh individu yang melalui kawasan tersebut.

Dalam video yang dimuat naik aaron_syaheffendy melalui akaun TikTok memaparkan seorang lelaki yang berbaju hitam itu sedang menangis dan meraung sejauh 20 kilometer (km), dipercayai kecewa dengan tindakan tunangnya.

"Kecewa tunang buat hal, lelaki menangis jalan kaki sejauh 20 km tengah-tengah malam.

"Nasib baik ada abang polis pujuk. Korang rasa kelakar bila lelaki bertindak begini?," tulisnya.

Difahamkan lelaki berkenaan kecewa apabila tunangnya membuat sesuatu yang tidak dijangka di luar pengetahuannya.

Turut kelihatan seorang lelaki dipercayai pegawai polis sedang cuba memujuk dan menenangkan individu berkenaan.

Walaupun tidak kedengaran perbualan mereka, lelaki yang kecewa itu dilihat menangis teresak-esak sambil berkata sesuatu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

Malah, Cravingtime turut mendoakan agar individu tersebut dijodohkan dengan wanita yang lebih elok.

"Ya ALLAH sakitnya bang. Saya doakan abang jumpa orang yang baik-baik," katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Atie mendoakan agar lelaki terbabit diberi kekuatan serta ketabahan bagi menempuhi ujian yang diberi.

"Kesiannya adik. Kuat ya adik, biar sekarang kau nampak semua itu dari kemudian. Mesti ALLAH nak temukan adik dengan yang lebih baik selepas ini. Amin," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram