SATU rakaman video memaparkan seorang budak lelaki didakwa membakar sebuah motosikal di kawasan pangsapuri tular di media sosial sejak Sabtu.
Insiden yang dimuat naik oleh halaman Facebook Malaysia Today menunjukkan kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir motosikal di tingkat bawah premis berkenaan.
"Budak bakar motor. Tak tahu lokasi dekat mana," tulisnya.
Dalam video tersebut turut memaparkan seorang wanita dipercayai ibu kepada budak lelaki berkenaan sedang memarahinya.
"Kau nak ganti ke? Weh, kau ada duit ke nak bayar.
"Macam tak ada otak main api," jeritnya kepada budak tersebut.
Turut kelihatan beberapa orang anggota bomba dan penghuni premis itu berkumpul serta cuba menenangkan perempuan itu daripada terus memarahi anaknya.
Difahamkan, budak lelaki tersebut dipercayai pada mulanya bermain dengan api sebelum kebakaran berkenaan menyambar sebuah motosikal di kawasan parkir itu.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Belum ada sebarang kenyataan kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram