[VIDEO] Suami isteri 'lalok' hisap gam depan anak dalam Iswara bergerak di Melaka


  • Tular
  • Khamis, 06 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan sepasang suami isteri sedang menghidu gam ketika memandu di sebuah jalan raya di Melaka.

TINDAKAN sepasang suami isteri menghidu gam ketika memandu undang perhatian ramai apabila perbuatan mereka didakwa membahayakan keselamatan pemandu lain dan juga anak mereka.

Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di Melaka, menunjukkan kedua pasangan suami isteri terbabit sedang khayal menghidu gam.

Meskipun ada seorang anak kecil di belakang, mereka dilihat seperti tidak mempedulikan keselamatan kanak-kanak terbabit apabila masih terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman berdurasi 18 saat itu hangat diperkatakan netizen.

Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Proton Iswara dilihat memandu dengan laju sambil bersilih ganti menghidu gam dengan isterinya.

Perbuatan berbahaya itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen di ruangan komen.

Mohd Rafie berpendapat, perbuatan suami isteri itu perlu dilaporkan kepada pihak polis kerana telah membahayakan keselamatan anaknya.

“Kalau nak hisap gam jangan la masa memandu silap-silap boleh kemalangan mereka sekeluarga, laporkan kepada polis sebab dia membahayakan nyawa anaknya,” katanya.

“Kena laporkan kepada polis, orang macam itu bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lain tapi nyawa anak dia pun sama kalau kemalangan,” jelas Xara Afrah.

“Dah tak ada modal sangat ke nak naik bulan, yang peliknya siap bawa anak lagi, tu yang bahaya,” tambah Dboss Mlk.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram