Hujan lebat sejam, banjir kilat landa beberapa kawasan di KL


  • Massa
  • Selasa, 04 Okt 2022

Jalan Kuching antara kawasan yang mengalami banjir kilat pada Selasa. —Media Sosial

BEBERAPA jalan di ibu negara ditenggelami air selepas hujan lebat yang berlarutan kira-kira sejam pada Selasa.

Gambar yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan antara kawasan terjejas ialah Jalan Kuchai Lama, Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Bangsar dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Bagaimanapun, air dikatakan telah surut di beberapa kawasan.

Alam Flora Sdn Bhd berkata, kakitangannya telah dihantar ke Bulatan Dato Onn dan kawasan sekitar untuk membersihkan 'scupper drain' (saluran masuk air).

Beberapa kakitangan juga dihantar ke Jalan Raja Laut dan Jalan Tangsi untuk menjalankan kerja-kerja segera bagi mengalihkan sebarang sekatan.

Kawasan Telawi di Bangsar dinaiki air selepas 10 minit hujan lebat.

Di sepanjang Jalan Bukit Pantai, terdapat pancutan air yang kuat dari longkang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram