[VIDEO] Lelaki bergadai nyawa demi seekor kucing


  • Benua
  • Isnin, 03 Okt 2022

Tangkap layar video memaparkan arus deras yang diredah Ross demi menyelamatkan kucing tersebut. — Agensi

SEBUAH video menyaksikan seorang lelaki sanggup membahayakan diri meredah banjir akibat Taufan Ian demi menyelamatkan seekor kucing di Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini meraih perhatian masyarakat dunia.

Video dikongsi oleh pengguna Twitter, Megan Cruz Scavo menunjukkan kucing bewarna jingga dan putih sedang duduk di atas sebuah penghawa dingin yang terletak di luar sebuah rumah.

Kucing itu dikelilingi banjir dengan arus air deras, ditambah pula dengan angin taufan yang bertiup kencang menyebabkan barang berterbangan.

Tidak lama kemudian, kelibat seorang lelaki berbaju merah meredah arus air deras dan angin kencang itu lalu memanjat ke atas penghawa dingin yang diduduki kucing tersebut.

Menurut kemas kini daripada masyarakat setempat, tempat penghawa dingin itu telah ditiup taufan tidak lama selepas kucing itu diselamatkan lelaki bernama Mike Rose tersebut.

Kucing betina itu kini tinggal bersama Ross dan keluarganya sementara mereka cuba mencari pemiliknya.

Memandangkan kebanyakan hospital veterinar masih ditutup, mereka tidak dapat memeriksa sama ada kucing itu mempunyai cip untuk mengesan pemiliknya.

Sekiranya kucing itu disahkan tidak bertuan, Ross dan keluarganya merancang untuk menjaga kucing itu dan memberinya nama lana atau Storm bersempena dengan cara pertemuan mereka.

Sebagai rekod, sekurang-kurangnya 83 maut selepas Taufan Ian membadai Florida minggu lalu yang menyebabkan kemusnahan besar setakat laporan pada Ahad.

Taufan tropika itu menyebabkan banjir dan kemusnahan besar di barat daya Florida, terutama Fort Myers, Fort Myers Beach dan Cape Coral. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram