TARIKH rasmi pembubaran Dewan Rakyat masih tidak diketahui meskipun wujud khabar angin mengatakan perkara tersebut akan berlaku pada awal Oktober.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, beliau sendiri tidak tahu mengentahui bila Parlimen akan dibubarkan.
“Perkara itu tidak akan dibincangkan dengan saya. Saya tidak mendengar apa-apa melibatkan perkara itu.
“Saya tidak terlibat jadi saya tidak tahu menahu dan saya tidak akan diconsult pun,” katanya dlaam Majlis Ramah Mesra Bersama Media di bangunan Parlimen pada Rabu.
Azhar memberi reaksi itu ketika diminta untuk mengulas tentang desas-desus mengatakan tarikh pembubaran Parlimen akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.
Perkara itu kemungkinan akan berlaku selepas pembentangan Bajet 2023 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023 pula dijadual dibentangkan di Parlimen pada Jumaat depan.Sebelum ini isu pelaksanaan PRU15 pada hujung tahun iaitu ketika musim tengkujuh menimbulkan polemik kerana beberapa negeri berisiko dilanda banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Ahad lalu pula dilaporkan berkata, pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat tidak serentak bukan sahaja menjadikan kos PRU15 naik mencecah RM2 bilion malah menyusahkan rakyat. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram