Najib Razak boleh hadir sidang Dewan Rakyat jika dibenarkan Jabatan Penjara


  • Primer
  • Isnin, 03 Okt 2022

NAJIB Razak kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat walaupun sedang menjalani hukuman penjara jika mendapat kebenaran Jabatan Penjara Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kehadiran Najib ke Dewan Rakyat.

"Persoalannya sekarang adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah bidang kuasa saya kerana dia bukan di bawah jagaan saya. Ia di bawah jagaan penjara.

"Maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan tersebut. Itu bukan kuasa saya.

"Fahaman saya kalau pihak penjara melepaskan beliau dari penjagaan, maka penjara yang akan berikan syarat pelepasan tersebut," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang mencadangkan agar Najib dibenarkan hadir ke Parlimen, namun dengan tangan bergari, kerana beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen.

Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitan itu. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram