[VIDEO] Tertinggal konvoi, rider superbike brek mengejut sampai terangkat kereta


  • Tular
  • Isnin, 03 Okt 2022

Tangkap layar video seorang penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan akibat 'brek' mengejut.

TINDAKAN seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi hampir menyebabkan pengguna jalan raya lain hilang nyawa apabila dia dipercayao berhenti mengejut di tengah-tengah jalan raya.

Perbuatannya itu menyebabkan sebuah kereta Nissan Almera melanggarnya dari belakang dan tersepit di bahagian depan kenderaan terbabit.

Pada awal rakaman video yang dimuat naik oleh John Kiew di Facebok, kelihatan sekumpulan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi sedang memecut di antara kenderaan lain.

Majoriti peserta konvoi itu sudah berada di laluan paling kiri sekali untuk membelok susur keluar ke arah USJ/Subang Jaya, Selangor namun ada seorang penunggang motosikal yang memotong di sebelah kanan terpisah daripada ahli konvoi yang lain.

Difahamkan, penunggang motosikal itu berhenti secara mengejut untuk mengubah haluannya ke kiri jalan kerana dia terpisah rakannya yang lain ketika melakukan aktiviti konvoi terbabit.

Disebabkan itu kereta di belakangnya kelihatan ‘melompat-lompat’ beberapa kali semasa merempuh motosikal tersebut pada Sabtu.

Walaupun dirempuh dengan kuat dari belakang, penunggang itu kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai berang akan tindakan penunggang motosikal itu yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Nak potong pun agak-agaklah, selamat tuhan masih beri kau kesempatan untuk bernyawa, aku ingat duduk bawah kereta tadi," kata Muhd Hasif.

"Ini kalau depan lori kau buat macam ini, memang dalam tanah dah jawabnya," jelas Anep Kenep.

"Nasib kena dengan Almera, kalau SUV dah arwah rasanya dia, suka-suka hati break line paling kanan," ujar Putera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram