KES kecurian semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat hari ini dan perbuatan itu sering terpalit membabitkan pelbagai golongan dan peringkat umur sama ada warga emas mahupun kanak-kanak.
Situasi itu boleh digambarkan menerusi video tular di laman Instagram yang menyaksikan perbuatan curi dilakukan seorang wanita dan anaknya di sebuah pasar di Indonesia baru-baru ini.
Insiden itu yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua beranak itu mencuri beberapa biji telur ketika penjual sedang leka di premis berkenaan.
Menerima lebih 3,000 jumlah tontonan, rakaman itu menerima pelbagai reaksi dan komen warganet.
Perbuatan licik dua beranak tertangkap apabila kanak-kanak itu dilihat mengambil beberapa biji telur lagi ketika penjual sedang berbual dengan ibunya.
Wanita berkenaan difahamkan terlebih dahulu membeli telur di pasar tersebut dan ketika membuat bayaran, anaknya dilihat pantas memasukkan telur ke dalam bekas yang dibawa.
Menyedari perbuatan yang dilakukan anaknya, wanita berkenaan hanya berdiam diri dan membiarkan si cilik itu mencuri.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kecaman serta tohmahan dilemparkan netizen berhubung isu terbabit.
“Banyaknya dia mencuri, masih lagi kecil sudah diajar mencuri, bila dah besar apa pula yang dia akan lakukan,” kata chrissufrans.
“Sanggup dia biarkan anaknya mencuri di depan mata, makan makanan daripada hasil mencuri tidak akan pernah berkat,” jelas rim8394.
Kedua wanita dan kanak-kanak perempuan itu memang tidak boleh dipercayai, apakah mereka tidak fikir makanan itu halal ataupun haram,” tambah iwankazulgrana.
Menurut laporan netizen, kedua suspek kes curi terbabit sering menjalankan kegiatan mencuri bersama di kedai berhampiran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram