IBARAT jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang dihadapi seorang wanita yang bukan sahaja berdepan dengan potongan gaji, malah pembantu rumah yang sepatutnya menjaga anaknya di hospital turut melarikan diri.
Menerusi video tular di laman TikTok D'twins Burger, pembantu rumah itu melarikan diri dari kediaman majikannya di Sentul, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pembantu rumah itu berjaya ditemui beberapa hari selepas melarikan diri.
Difahamkan, pembantu rumah warga Indonesia berusia dalam lingkungan 40-an itu ditugaskan menjaga anak kembar wanita itu telah lari bersama teman lelakinya.
Kongsi wanita itu lagi, pembantu rumah tersebut tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah sama ada memasak dan mengemas.
Sebaliknya, wanita tersebut tidak menyangka pembantu rumah berkenaan sanggup menghilangkan diri, walhal rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) secara zahir memaparkan dia ikhlas menjaga anak-anaknya.
"Nampak dia peluk dan cium anak saya, tapi sanggup bibik tinggalkan kembar sendirian. Ya ALLAH, tak sangka aku anggap macam mak sendiri sanggup perlakukan macam ni," kata wanita itu kesal.
Menurut wanita itu lagi, pembantu rumah tersebut mempunyai sejarah melarikan diri dari majikan lama sebanyak tiga kali, dan pernah memberitahu tidak akan mengulangi perkara tersebut.
Difahamkan, wanita itu akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram