[VIDEO] 'Kenyang makan rokok', perompak tak pandang duit, ramai syak kerja orang dalam


  • Tular
  • Isnin, 26 Sep 2022

Tangkap layar video salah seorang daripada suspek bertindak mengambil bakul dan mencuri kotak rokok dalam kuantiti yang banyak.

TULAR sebuah video rompakan yang melibatkan dua suspek dipercayai warga asing berjaya memecah masuk sebuah premis perniagaan pada Sabtu.

Menerusi perkongsian video pada Isnin oleh laman Facebook Sepang Viral memperlihatkan dua suspek meluru masuk ke dalam premis dan terus menyelongkar barangan dalam kedai.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 51 saat itu, kelihatan salah seorang daripada suspek bertindak mengambil bakul dan mencuri kotak rokok dalam kuantiti yang banyak.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Taman Bunga Raya, Sepang.

Tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang kejadian itu dan ada juga mengatakan ini merupakan kerja orang dalam.

"Mesti orang dalam atau kenalan sebab bila dia masuk sahaja kedai itu terus tuju ke kawasan berkenaan," kata Ayunie Jefri.

"Orang luar ini sebab cakap pun tak macam Melayu," jelas Amir Redza.

"Bising betul buat kerja, mungkin kawasan itu jauh dari rumah orang atau rumah kedai," ujar Mohammad Ali.

"Masalahnya dia curi rokok yang banyak, mungkin dia kenyang makan rokok," luah Zaza Mohamad.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram