TULAR sebuah video memaparkan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Triton mengugut seorang penghantar makanan menggunakan parang.
Menerusi perkongsian video oleh laman Facebook Inforoadblock pada Ahad, rakaman itu memperlihatkan tindakan pemandu tersebut yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
Ketika kejadian, suspek didakwa bertindak turun dari kenderaan sambil mengeluarkan objek dipercayai parang dan menghalakan ke arah penghantar makanan terbabit.
Berdasarkan video berdurasi 24 saat itu, tidak dapat dipastikan apa yang dilakukan suspek selepas mengugut mangsa kerana video yang dirakam melalui dashcam tidak kelihatan.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai berang akan tindakan pemandu tersebut dan ada juga mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera.
"Samseng tahi kucing, ini bukan samseng yang ini jenis panas baran, orang panas baran ini selalu tak guna otak," kata Faizal Faizal.
"Ini setakat berani tunjuk parang sahaja, entah-entah tengok darah pun pening," jelas Brader Kekabu.
"Harap pihak polis tangkap pemandu itu dengan segera, takut-takut dia mencederakan orang lain nanti," ujar Noor Ai'syah.
Majoriti sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram