TINDAKAN dua penunggang motosikal melakukan jenayah curi di sebuah taman perumahan akhirnya membawa padah apabila kelakuan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada Rabu.
Rakaman CCTV tersebut dimuat naik oleh laman Facebook Asal Gombak pada Khamis.
Ketika kejadian, dua suspek menunggang motosikal berhenti di hadapan sebuah rumah sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Berdasarkan video berdurasi 38 saat itu, selepas meninjau keadaan sekeliling, salah seorang daripada mereka turun dari motosikal dan bertindak menghampiri pagar rumah mangsa.
Selepas menolak pagar rumah itu, suspek dengan pantas masuk ke dalam kawasan rumah itu dan mencuri motosikal dipercayai jenis Yamaha LC berwarna biru sebelum pantas memecut keluar kawasan rumah terbabit.
Dipercayai kejadian berlaku di sekitar Gombak Setia, Selangor pada pukul 5.25 pagi pada Rabu.
Tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menyelar tindakan dua lelaki terbabit dan meminta pihak polis mengambil tindakan segera berkenaan kes terbabit.
"Badan sempurna boleh buat kerja pergilah cari duit guna sumber yang halal untuk beli motosikal, orang itu beli motor untuk cari rezeki senang-senang dia rembat macam itu sahaja," kata Suffian Adnan.
"Harap tuan rumah itu buat laporan polis dengan segera, dekat kawasan Gombak ini memang dah banyak jadi kes macam ini," ujar Bill Fighter.
"Dah sorok dalam dan di halang kereta pun boleh kena aim juga ya, bahaya Gombak ini, harap penyamun semua dapat ditangkap orang kawasan dan diberikan pada pihak polis," jelas Muhammad Hanif.
"Dia rembat motor macam ambil basikal sahaja," tulis
"Ini mesti orang yang sama buat kerja, sebab dua bulan lepas motor suami LC juga yang hilang dekat belakang Giant Mini KL Traders," luah Sofia Syamsul.
Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram