Tak layan 'video call', suami orang bimbang wajah kena edit bogel dengan scammer jelita


  • Tular
  • Selasa, 20 Sep 2022

Suspek menghantar mesej serta membuat panggilan telefon untuk menghantar video, namun tidak dilayan oleh mangsa.

TULAR seorang lelaki berkongsi kisah diperas ugut oleh sindiket penipuan (scammer) di media sosial Facebook pada Isnin.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Mohdshazwan Mohdzain Ewanpaos di laman sosial Facebook apabila mendakwa seorang wanita pada mulanya menghantar mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp.

Ketika kejadian, suspek menghantar mesej serta membuat panggilan telefon untuk menghantar video, namun tidak dilayan olehnya sebelum wanita terbabit bertindak screenshot muka mangsa.

"Salam geng, tolong baru kena ini, perempuan ini WhatsAppp aku ajak video call dan terus hantar video b*g*l dia.

"Lepas itu aku tidur dia video call, aku angkat dan dia terus matikan, lepas itu dia WhatsApp ugut aku dan minta RM 200, aku malas nak layan terus aku block, tapi masalahnya dia ada muka aku dan dia boleh edit muka aku," katanya dalam hantaran tersebut.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 12.14.10 PM

Tangkap layar perbualan mesej tersebut.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut membuatkan dia bimbang jika ahli keluarga dan orang ramai mempercayai perkara tersebut sedangkan lelaki tersebut ialah mangsa keadaan.

"Orang itu dia boleh edit z*k*r lelaki mana entah, aku risau isteri aku salah sangka, apa aku nak buat ini? Perlu saya buat laporan polis ke?" jelasnya lagi.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai juga berkongsi pernah menjadi mangsa sindiket tersebut dan ada menasihati untuk buat laporan polis.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 12.14.37 PM

Tangkap layar mesej suspek melakukan ugutan terhadap mangsa.

"Kalau bayar nanti, dia minta lagi tunjuk konon dah viral tapi masih setia minta duit lagi," ujar Peace Soda.

"Sama geng aku pun ada kena juga macam ini," kata Liew Davinci.

"Jangan takut kita buat laporan polis sebab ramai yang kena bukan awak seorang sahaja," jelas Wan Lala.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan mangsa untuk mengulas lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Scammer, Peras Ugut, Wanita, Lucah, Video Bogel,