Lima 'tanker' pilihan ganti Shahrul berjuang demi Harimau Malaya


  • Podium
  • Ahad, 18 Sep 2022

Ekoran masalah kesihatan yang dihadapi Shahrul tidak sempat pulih mendorong pihak kejurulatihan membuat keputusan untuk melepaskannya. — Agensi

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pertahanan tengah Harimau Malaya, Shahrul Saad sah digugurkan daripada pasukan kebangsaan menjelang kejohanan Piala Raja Thailand ke-48 2022 di Thailand nanti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebook FAM pada Sabtu

Pemain berusia 28 tahun itu mulanya tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipanggil menjalani kem latihan kebangsaan.

Namun, ekoran masalah kesihatan yang dihadapi Shahrul sejak melaporkan diri pada Jumaat, dijangka tidak sempat pulih sepenuhnya menjelang dua perlawanan penting bersama skuad kebangsaan nanti.

Bekas pertahanan Perak ini juga merupakan antara tunjang utama bagi benteng pertahanan Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain membuktikan dia antara pertahanan konsisten pasukan.

Menjadi persoalan siapakah pemain yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shahrul bagi skuad Harimau Malaya?

Ini lima calon pemain yang boleh menggantikan Shahrul pada kejohanan Piala Raja Thailand 2022:

Screenshot 2022-09-17 at 20-05-33 Berita Shahrul Nizam - MakanBola

Shahrul terkenal dengan jolokan kereta kebal turut pernah disenaraikan Pan-gon. Facebook/Terengganu FC

1. Shahrul Nizam (Terengganu FC)

Pemain pertahanan tengah Terengganu FC (TFC) ini berjaya membentuk gandingan mantap bersama pasangannya di pertahanan iaitu pemain import dari Senegal, Pape Diakite.

Merupakan pemain kaki kidal, Shahrul terkenal dengan jolokan kereta kebal turut pernah disenaraikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebelum digugurkan dari skuad kelayakan Piala Asia 2022.

Sebagai tonggak utama Terengganu FC untuk dua musim berturut-turut, ia menunjukkan bahawa pemain berusia 24 tahun itu mempunyai aura yang tersendiri.

irfan-zakaria-malaysia-16

Khidmat Irfan Zakaria ditagih Bojan Hodak pada musim ini. Agensi

2. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)

Berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City ke pentas akhir inter-zonal Piala AFC 2022, Irfan Zakaria merupakan seorang pemain pertahanan yang versatil ketika bertahan.

Khidmat pemain berusia 27 tahun ini ditagih pengendali The City Boys, Bojan Hodak selepas berjaya mengikatnya kembali daripada pasukan Kedah selepas semusim berhijrah ke negeri Jelapang Padi.

Mempunyai skil kemahiran bertahan yang tinggi serta bacaan bola yang baik, Irfan sering diberi kepercayaan oleh beberapa jurulatih kebangsaan iaitu Datuk Ong Kim Swee, Tan Cheng Hoe dan Kim Pan-gon.

rawilson-batuil

Rawilson sering mendapat pujian daripada penyokong Sabah. Agensi

3. Rawilson Batuil (Sabah FC)

Pemain pertahanan Sabah, Rawilson Batuil merupakan pemain yang paling lama berkhidmat bersama skuad Sang Badak sejak 2014 sehingga kini.

Sudah hampir lapan tahun berada dalam pasukan Sabah, kedudukan pemain ini tidak pernah tergugat walaupun ketua jurulatih skuad Sang Badak silih berganti.

Walalupun tidak mempunyai pencapaian yang besar bersama pasukan Sang Badak, pemain ini selalu mendapat pujian daripada penyokong Sabah.

rodney

Rodney sudah mewakili empat buah pasukan dalam Liga Malaysia antaranya Sarawak FC, PKNS FC, Selangor FC dan Kedah Darul Aman. Agensi

4. Rodney Celvin (Kedah Darul Aman FC)

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Ghana, Rodney Celvin berjaya memikat pengurusan Kedah untuk mengikatnya secara tetap pada tahun ini selepas dipinjamkan daripada Selangor pada musim 2021.

Dikenali dengan corak permainannya yang keras, Rodney digelar kereta kebal oleh penyokong bola sepak tempatan dan sering mendapat pujian daripada penyokong Hijau Kuning atas persembahannya.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak, Rodney sudah mewakili empat buah pasukan dalam Liga Malaysia antaranya Sarawak FC, PKNS FC, Selangor FC dan Kedah Darul Aman.

Pemain berusia 25 tahun ini juga pernah mewakili skuad Harimau Muda pada 2018 bagi kejohanan Sukan Asia di Indonesia.

1869279

Alif sering mendapat kepercayaan Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Agensi

5. Alif Zakaria (Terengganu FC)

Berusia 24 tahun, pemain pertahanan Terengganu FC (TFC) ini mempunyai kemahiran untuk mematahkan serangan lawan.

Malah, ketika pasukannya menentang JDT, Alif menjadi individu yang bertanggungjawab mengekang kemaraan Arif Aiman dan berjaya melunaskannya dengan baik.

Sumbangan pemain yang mesra disapa dengan jolokan Matleh membuatkan TFC sekadar tewas 1-2 dan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Untuk musim ini, Alif sering mendapat kepercayaan oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Dia juga sering menjadi pilihan Nafuzi bagi mengawal benteng kiri pasukan.

Namun, barisan kejurulatihan Pan-gon kekal dengan pemain sedia ada dan tiada penambahan pemain baharu bagi menggantikan Shahrul untuk menghadapi kejohanan Piala Raja Thailand.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pan-gon diundi bertemu Thailand manakala Trinidad & Tobago bakal berentap dengan Tajikistan dan kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada 22 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram