LETUSAN gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin Lahad Datu, Sabah adalah kejadian semula jadi yang tidak perlu dibimbangkan.
Ahli Geologi, Prof Dr Felix Tongkul berkata, kejadian itu berlaku apabila tekanan lumpur di dalam bumi meningkat.
"Gegaran kecil akibat gempa bumi berdekatan mungkin mencetuskan letusan ini. Kejadian itu juga boleh mengurangkan risiko gempa bumi yang teruk," katanya.
Prof Dr Felix mengulas mengenai letusan gurung berapi lumpur yang berlaku pada Ahad dan sempat dirakam beberapa pelancong dari Amerika Syarikat.
Kejadian itu berlaku kira-kira 30 minit dan kesemua mereka dapat melihat letusan lumpur setinggi enam meter.
Menurutnya, memandangkan Lahad Datu merupakan kawasan yang sering dilanda gempa bumi, penduduk harus bersiap sedia (untuk sebarang kemungkinan).
Sementara itu, pemandu pelancong, Hamit Suban berkata, mereka menyedari letusan itu berlaku selepas terdengar dentuman kuat.
Jelasnya, kejadian berlaku selama 20 hingga 25 minit dan mereka memerhatikannya dari sebuah menara kira-kira 70 meter jauhnya.
"Saya diberitahu bahawa letusan lumpur setinggi enam meter ini mungkin antara yang tertinggi pernah dilihat," katanya.
Letusan serupa dilaporkan berlaku pada 2014 dan 2019 tetapi tiada sebarang rakaman yang diperoleh. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram