Pemandu plat khas kantoi, aksi acu pistol ke arah kenderaan lain dirakam


  • Benua
  • Isnin, 19 Sep 2022

Kenderaan dengan plat khas disyaki mengacukan pistol selepas tidak diberi laluan untuk memotong.

ANGKARA berang kerana tidak diberi laluan untuk memotong, seorang pemandu kereta sanggup mengacukan pistol dalam kejadian di Tol Jagorawi menghala ke Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Difahamkan, pemandu kereta dengan plat khas tersebut marah selepas tidak diberi laluan untuk memotong.

Menurut polis Indonesia, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut secara terperinci termasuk dakwaan mengacukan senjata api ketika insiden terbabit berlaku.

Polis Indonesia juga mengesahkan tiada konvoi melibatkan pegawai tertentu di Tol Jagorawi menuju ke Jakarta pada hari kejadian.

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat itu memaparkan dua kenderaan berwarna hitam memandu dengan rapat di lorong kanan dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Kejadian terbabit menyebabkan pemandu dengan plat khas itu menurunkan tingkap dan disyaki mengacukan pistol ke arah kenderaan tersebut.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut berhubung pemandu kenderaan dengan plat khas tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram