Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta


  • 112
  • Ahad, 11 Sep 2022

Mangsa yang terkunci dalam kereta berjaya diselamatkan selepas anggota bomba membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas.

SEPASANG suami isteri mengalami detik cemas apabila anak lelaki mereka secara tidak sengaja mengunci dirinya di dalam kereta pada Ahad.

Kejadian itu berlaku di Pangsapuri Universiti, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Balai Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pasangan itu baru tiba di rumah dan sedang mengeluarkan barangan dari kereta sebelum kejadian.

Katanya, pasangan itu meninggalkan kunci kenderaan bersama anak mereka yang berusia 16 bulan.

"Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit menekan kunci kenderaan itu semasa bapa mangsa menutup pintu kenderaan berkenaan,” katanya.

Jelas Agustavia, kenderaan tersebut mempunyai sistem kunci automatik dan menyebabkan semua pintu akan tertutup secara sendiri.

"Pasukan bomba berjaya membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya diselamatkan setelah terkunci selama kira-kira 15 minit," katanya.

Pihak bomba menamatkan operasi pada jam 1.42 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian. —The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram