SEPASANG suami isteri mengalami detik mencemaskan apabila kereta Proton Gen2 milik mereka dilarikan perompak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kampung Melayu Subang, Shah Alam Selangor.
Melalui satu video yang dimuat naik pemilik kereta tersebut dalam akaun TikTok rj7_king, kejadian itu berlaku sekitar pukul 4 pagi itu menunjukkan penjenayah itu mengambil masa hanya 43 saat untuk melarikan kenderaa itu.
"Mohon bantuan rakan-rakan. Sebuah kereta Gen2 Silver dicuri. Lokasi Kampung Melayu Subang," tulisnya.
Lebih tragis, Proton Gen2 itu di parkir di hadapan rumah pemilik.
Dalam video tersebut, pemilik kenderaan itu dilihat cuba berlari ke arah keretanya setelah menyedari kehadiran pencuri berkenaan.
Dia cuba mengejar pencuri itu, namun gagal setelah penjenayah terbabit berjaya menghidupkan kenderaan tersebut.
Pencuri itu juga dilihat mengundur kenderaan tersebut sehingga melanggar tiang rumah pemilik kereta sebelum bergegas meninggalkan kediaman itu.
Turut kedengaran isteri mangsa meminta suaminya untuk tidak mengejar pencuri atas faktor keselamatan.
Setakat ini video tersebut telah mendapat 40,000 tontonan.
Difahamkan, pemilik kenderaaan tersebut sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Pihak Majoriti sedang cuba menghubungi pemilik kenderaan berkenaan.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram