'Kata periuk, belanga hitam', giliran Kedah pula gali selonggok 'ubi muda' AMD


  • Podium
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Graduan AMD kini semakin mendapat tempat kelab Liga Super.

PEMAIN Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) terus mendapat kepercayaan kelab Liga Super apabila pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA) mengikut jejak langkah Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) dengan memborong graduannya.

Menurut sebuah laman Twitter bola sepak Onefootball.my, mereka memaklumkan pasukan Sang Kenari telah mengikat 13 pemain graduan AMD.

Meskipun melihat ia sebagai satu langkah untuk memastikan masa depan mereka kekal cerah, segelintir peminat bola sepak tanah air mempersoalkan keputusan pihak pengurusan Sang Kenari itu.

Ini berikutan tindakan yang dilakukan itu seakan-akan menimbulkan tanda tanya ke atas kemampuan pasukan simpanan dan akademi mereka yang sebelum ini sering menyumbang kepada bintang-bintang mereka.

Screenshot 2022-09-08 233413

Menurut sebuah laman Twitter bola sepak Onefootball.my, mereka memaklumkan pasukan Sang Kenari telah mengikat 13 pemain graduan AMD.

Jika sebelum ini, ramai yang mengatakan JDT mengambil graduan akademi tersebut sehinggakan perkara itu menerima kritikan daripada penonton yang mempersoalkan kebolehan akademi mereka.

Tindakan Kedah itu juga dilihat sebagai satu keputusan yang memakan diri apabila segelintir peminat bola sepak tanah air menyifatkan tindakan skuad Helang Merah itu tidak ubah seperti 'kata periuk, belanga hitam' kerana sebelum ini pernah memerli pasukan pemantau atau 'scouting' JDT.

Menurut seorang penyokong Kedah, Sangsaka Biru langkah pasukan itu memalukan.

"Bukan Kedah sudah berlambak ke ubi muda?

"Masa pasukan lain ambil anak muda yang berbakat, sibuk perli. Sekarang jilat balik, O**r N**i tak malu," tulisnya.

"Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Dulu masa JDT dan Selangor borong pemain AMD bukan main mereka mengata," kata Pyiena FadLy.

Malah penyokong turut melabelkan keputusan pasukan Sang Kenari memborong graduan AMD itu ibarat seperti tidak menghargai bakat-bakat muda anak jati Kedah.

Untuk rekod, Kedah mempunyai banyak akademi bola sepak termasuk yang paling terkenal, Kenari Kids untuk melahirkan bakat-bakat muda.

Tambahan, ramai pemain berbakat yang dilahirkan dari akademi Kedah seperti Akhyar Rasid, Fayadh Zulkifli , Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan ramai lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram