SEKURANG-KURANGNYA tiga sungai di Segambut, Kuala Lumpur, berada dalam keadaan kritikal melimpah ketika hujan lebat, dan kerja-kerja penyahcairan perlu segera dijalankan.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, Sungai Keroh, Sungai Toba dan Sungai Batu tidak diselenggara atau dinaik taraf secara konsisten, menyebabkan air melimpahi tebingnya semasa tempoh hujan berpanjangan atau lebat.