Bot, pelampung bertembung di Port Dickson cetus fobia


  • Tular
  • Rabu, 07 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan sebuah pelampung dinaiki beberapa pengunjung terbabas dengan bot yang datang dari arah berlawanan.

AKTIVITI sukan rekreasi air sememangnya diminati ramai khususnya dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke pantai bagi merasai pengalaman percutian menarik.

Namun isu keselamatan perlu menjadi keutamaan untuk setiap aktiviti yang dijalankan bagi mengelak sebarang kecederaan ataupun kemalangan serius yang boleh berlaku.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi rakaman video yang dibuat naik di laman Facebook apabila beberapa pengunjung terlibat dalam pelanggaran bot pelampung di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelanggaran itu berlaku apabila pelampung yang dinaiki pengunjung itu bertembung dengan sebuah bot dari arah berlawanan.

Meskipun dipandu oleh bot pengiring yang bertugas, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pukulan ombak yang kuat serta pemandu yang hilang kawalan.

Menerima lebih 100,000 jumlah tontonan di Facebook, kejadian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Ideris Atu berkata, pemandu bot perlu lebih berhati-hati ketika memandu dan memastikan keselamatan pengunjung sebelum memulakan perjalanan.

"Sepatutnya pemandu perlu lihat sekeliling terlebih dahulu, dia bawa terlalu laju sampai hilang kawalan jadi pelampung tu memang akan berlanggar," katanya.

"Saya pernah naik bot pelampung macam ni dulu, memang laju dan seronok tapi bila jadi kes macam ni memang bahaya dan fobia dibuatnya," kata Aida Ahmad.

"Pantai di situ merupakan kawasan orang mandi manda, tapi situ juga nak dibuat aktiviti rekreasi air, buat aktiviti santai sahaja dah memadai, tak membahayakan orang sekeliling," tambah Muhd Akmal Abdullah.

Menurut Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), tiada sebarang kecederaan serius direkodkan dalam kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram