Kereta awam atau polis? Trend pasang siren bikin ramai bengang, berlagak sombong


  • Tular
  • Selasa, 06 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan sebuah kenderaan yang sengaja menambah suai lampu siren polis di keretanya.

TINDAKAN segelintir masyarakat menambah suai siren dan lampu polis pada kenderaan kini semakin diikuti ramai dan perbuatan itu sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pemandu lain.

Boleh didapati di pusat aksesori kereta, tambah suai itu dipercayai sengaja dilakukan demi menjaga kepentingan diri sendiri dan mengelak kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Video tular di laman Twitter itu memaparkan seorang lelaki dilihat sengaja membunyikan siren serta lampu polis ketika memandu.

Tanpa rasa bersalah, pemandu berkenaan kemudiannya berhenti di bahu jalan dan dengan tidak dihalang kenderaan lain yang menganggap ia kenderaan polis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kecaman kepada pemandu tersebut.

Ohsonija berkata, pemandu berkenaan sememangnya biadab kerana bukan sahaja menghalang laluan malah turut menipu orang ramai yang menganggap ia kenderaan polis.

"Sudah la berhenti tengah jalan, lepas tu halang laluan orang pula, geram betul dengan jenis manusia berlagak dan sombong macam ni," katanya.

"Makin ramai orang pakai lampu dan bunyi siren polis ni, keliru dibuatnya kita yang memandu di sebelah kerana sama seperti kenderaan polis," kata sofiaarissa.

"Sebelum ini saya ada ternampak kereta Myvi pakai siren yang sama, tapi terlupa untuk rekod ketika itu," jelas kigaoki_kei.

Sehingga kini, trend tersebut semakin menjadi ikutan ramai dan telah menyebabkan pemandu di jalan raya mengalami masalah ketika memandu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram