'TMJ sound Sarawak, kenapa mention Melaka?'


  • Podium
  • Sabtu, 03 Sep 2022

Terdapat dakwaan berkaitan isu gaji pemain MUFC tidak dibayar. — Facebook/MUFC

SELEPAS Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meninggalkan komen meminta pihak pengurusan membayar gaji pekerja di ruangan Instagram @officialsarawakutdfc pada Selasa lalu.

Teguran itu mendapat respons daripada pelbagai penyokong fanatik bola sepak Malaysia.

Terbaharu, laman troll Pak Kob Tiki Taka juga tidak ketinggalan menarik perhatian peminat bola sepak tanah air berhubung isu tunggakan gaji pemain Melaka United FC (MUFC).

1719153

Tangkap layar komen TMJ di Instagram Sarawak United FC. — Instagram

Dia menerusi satu hantaran Facebook mengaitkan masalah gaji skuad Sang Kancil dengan hantaran balas TMJ kepada Sarawak United FC yang turut terpalit isu sama.

Mana tidaknya, baru-baru ini Majoriti melaporkan khabar angin bahawa skuad Hang Tuah dikaitkan lagi dengan kemelut kewangan dan dakwaan itu semakin dikukuhkan apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC, Datuk Seri Justin Lim sudah meletak jawatan.

"Hairan, nampak pasukan yang jauh sahaja tetapi yang sebelah pintu rumah Melaka itu bertahun-tahun tak nak sibuk. Ada apa-apa ke?" tulisnya.

Namun begitu, hantaran Pak Kob Tiki Taka itu telah dibidas oleh seorang penyokong bola sepak menerusi Facebook Semuanya BOLA Group.

302574552_848187736587520_8048677461878659846_n

Tangkap layar hantaran Pak Kob Tiki Taka yang dikongsikan di halaman Facebook Semuanya BOLA Group

Menurut Encik Sani, TMJ pernah pada Januari lalu pernah menegur pihak pengurusan MUFC kerana tidak membayar gaji pemain.

"TMJ sudah sound Sarawak itu sudahlah, kenapa sebut Melaka pula?

"Takkanlah setiap tahun nak kena tegur semua pasukan untuk bayar gaji pemain sendiri.

"Kalau 'memanjang' kena tegur nanti dikatakan menyibuk tepi kain orang pulak. Bila tak sound dia petik minta sound.

"Mentallah kau Kob," tulisnya.

Encik Sani turut mengingatkan Pak Kob Tiki Taka yang merujuk sebuah 'kelab Utara' yang lama menangguh membayar gaji pemain.

"Bila nak lawan dengan JDT baru menggelupur nak bayar, takkan lupa pula?

"Bila ada pemain kelab lain hubungi TMJ minta bantuan tak reti pulak nak berterima kasih.

"Jatuh standard sebagai troller bola Malaysia nanti.

"Patutlah kelab masing-masing bawah tapak kaki 'J', tidak rasa tanggungjawab dan #humanity langsung pada pekerja sendiri," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram