DRIFT atau hanyut merujuk pada sejenis teknik memandu yang mana pemandunya melakukan kemahiran belok lebih (oversteer) semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta pada kelajuan yang tinggi.
Sukan bermotor ini semakin diminati anak muda dan aksi drift ini selalunya dilakukan oleh golongan profesional serta individu yang berkemahiran.
Bagaimanapun melalui satu video tular di TikTok hariezzhr_, aksi berbahaya itu menarik perhatian umum kerana kelibat seorang warga emas duduk di bahagian penumpang.
Wanita itu kelihatan hanya mengenakan baju kurung dan tudung bawal.
Dalam video tersebut menunjukkan dua buah kereta sedang melakukan aksi drift di salah sebuah tempat parkir.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat warga emas tersebut keluar daripada kereta selepas tamat aksi drift kelihatan gembira disambut dengan sorakan orang ramai yang berada di tempat berkenaan.
Video tersebut telah telah mendapat lebih daripada tiga juta tontonan dan rata-rata netizen berasa kagum melihat mak cik itu yang tidak kelihatan takut walaupun menjadi penumpang.
Salah seorang pengguna berbangga dengan wanita itu.
"Mak sapa ini? Bangga ada mak macam ini," kata Slay.
Salah seorang netizen AA4",/ menyifatkan keberanian warga emas itu patut dicontohi kerana menyokong.
Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu negara namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar dan pihak Majoriti masih menunggu mendapatkan respons daripada pemilik video tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram