'Pakai untuk curi sawit,' Pemilik rayu orang ramai bantu kesan Triton miliknya


  • Tular
  • Rabu, 24 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan kenderaan pacuan digunakan untuk mencuri buah sawit di Sarawak.

SATU video memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Triton di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Gawea, Kampung Stungkor Baru Batu 18 Jalan Bau-Lundu, Sarawak menjadi tular sejak Selasa.

Dalam video yang dimuat naik oleh Yolanda Rafaela Peter menunjukkan kenderaan itu digunakan untuk mengangkut buah sawit di ladang berkenaan pada pukul 1.30 petang Selasa.

Pekerja ladang turut meminta kerjasama orang ramai yang ternampak kenderaan tersebut agar menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk membuat laporan polis.

"Kepada sesiapa yang mengenali kenderaan tersebut sila maklumkan maklumat kepada pihak kami untuk membuat laporan polis.

"Kerjasama anda amatlah dihargai," katanya.

Kejadian itu berlaku ketika pekerja ladang sedang membuat rondaan di ladang tersebut.

Pada masa sama, mereka cuba menghalang Triton terbabit namun gagal apabila suspek yang memandu kenderaan tersebut bertindak mengundur kenderaan tersebut dan menggunakan laluan lain untuk melarikan diri.

299974804_1975886219268099_1020761908710074977_n

Jennyephrim turut berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan kenderaan milik bapa saudaranya itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah komen seorang pengguna Facebook Jennyephrim Jenny mendakwa kenderaan Triton adalah milik bapa saudaranya.

"Triton bapa saudara saya yang digunakan.

"Minta tolong tangkap kalau jumpa. Report polis pun sudah dibuat," tulisnya.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram