KEMENANGAN Kuala Lumpur City (KL City) menentang PSM Makassar 5-2 dalam aksi final Zon Asean Piala AFC 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu dicemari dengan insiden pergaduhan.
Kejadian tersebut dikongsi ekorharimaumalaya.my dengan kapsyen semalam terjadinya rusuhan antara penyokong KL City FC dan PSM Makassar.
"Penyokong KL City bertindak menyerang bas yang dinaiki penyokong PSM Makassar
"Dikhabarkan ada seorang penyokong Makassar tercedera.
"Buat fans PSM Makassar, bertanya kenapa fans KL bertindak sedemikian ?
"Siapa mulakan dulu provokasi?" tulisnya.
Pemilik laman Instagram berkenaan turut memuat naik satu video yang menunjukkan berlakunya perang mulut di antara penyokong kedua-kedua pasukan tersebut.
Difahamkan kejadian itu berlaku apabila salah seorang penyokong PSM Makassar membuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang menghina dan membuat provokasi sambil memegang jersi Harimau Malaya.
Turut tular gambar seorang penyokong Makassar tercedera di mata kanan disyaki dibaling dengan batu. — Instagram
Dalam satu video berasingan yang dimuat naik di akaun TikTok nursyuhadaofficial7_ menunjukkan beberapa kejadian penyokong kedua-dua pasukan bergaduh di luar stadium.
Sekumpulan lelaki dilihat berkejaran ke arah jalan dan berlaku insiden tumbuk-menumbuk di antara mereka.
Turut kelihatan seorang lelaki membaling botol air dan kon keselamatan ke arah sekumpulan lelaki.
Pihak polis turut dilihat berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan.
Video tersebut telah mendapat lebih 2,000 tontonan setakat ini dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menjengah ke ruangan komen, seorang penyokong PSM Makassar, menulis hantaran yang berbaur provokasi.
"Kami tunggu Malaysia away ke Indonesia,ingat darah saudara kami harus di balas dengan darah," tulis PSM Makassar.
Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram