Ibu, anak dan menantu rentung, rumah 2 tingkat terbakar di Sandakan


  • 112
  • Sabtu, 20 Ogos 2022

Keadaan rumah yang terlibat kebakaran hingga mengakibatkan tiga maut. — JBPM

SEORANG warga emas dan sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah jenis kekal di Taman Rajawali, Sandakan, Sabah kira-kira pukul 10.30 malam pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, mayat wanita berumur 90-an itu ditemukan bersama anak lelaki dan menantu perempuan selepas api berjaya dikawal pada pukul 11 malam.

Jelasnya umur suami isteri berkenaan serta identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.35 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90 peratus," katanya.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.21 pagi pada Sabtu dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram