Lelaki buat kacau di Tangkak tergamak gigit lengan polis


  • 112
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Kesan kecederaan seorang anggota polis selepas digigit oleh suspek. — PDRM

SEORANG lelaki bertindak menggigit lengan kanan seorang anggota polis sehingga terluka semasa membuat kacau dan cuba melarikan diri di sebuah stesen minyak di Bukit Gambir di Tangkak, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat seorang lelaki berusia 33 tahun sedang membuat kacau di kawasan terbabit pada pukul 1 petang.

"Semasa tangkapan dibuat, suspek telah cuba meloloskan diri dengan menggigit lengan anggota polis. Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah majistret di sini hari ini (Khamis) untuk mendapatkan perintah reman. Siasatan dan rakaman percakapan akan dijalankan ke atas tangkapan yang telibat dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323, 353 dan 331 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Fadhil mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat bagi mengekang kegiatan jenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram