Belum terima laporan, polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang


  • 112
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Tangkap layar video lelaki yang bertindak menggunting Jalur Gemilang dalam kejadian pada Rabu.

SEORANG lelaki yang bertindak menggunting Jalur Gemilang pada Rabu kini sedang dikesan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

"Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi Tik Tok memaparkan, seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang dekat ibu negara.

Menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, beliau telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan, selain khuatir akan keselamatan diri berikutan pelaku memegang gunting. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram