Pernah menyamar doktor, wanita dikecam berpakaian ihram lelaki di Mekah


  • Tular
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang wanita yang didakwa mengenakan pakaian ihram lelaki di Mekah.

SEBELUM ini, usahawan kosmetik, Nursajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebelum ini pernah menggemparkan seluruh Malaysia memakai ihram wanita di Mekah.

Perwatakan dirinya semasa menunaikan Umrah di tanah suci sebagai seorang wanita, jelas mengundang kecaman orang awam dan dianggap menghina agama Islam.

Terbaharu, video seorang wanita pula menimbulkan kemarahan umum setelah didakwa menyerupai lelaki menunaikan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lelaki yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Seorang pengguna Twitter, Aliya Mansor memuat naik satu video mendakwa seorang wanita mengenakan pakaian ihram lelaki ketika ketika melakukan umrah.

"Berani eh, sesak nafas rasa.

"Aku harap kau bertaubat N** S*****i. Berapa ramai lelaki batal wuduk," ciapnya.

Dalam video kurang seminit itu menunjukkan individu yang menggunakan pelitup muka itu mengenakan pakaian ihram lelaki.

Dia dilihat mengambil video selfie di hadapan kaabah.

WhatsApp Image 2022-08-12 at 15.04.49

Lesen memandu Ayid turut ditularkan oleh beberapa pengguna Twitter

Aliya turut mendakwa wanita yang lebih dikenali sebagai Ayid itu pernah menipu berberapa wanita untuk menjadi kekasihnya.

Hasil pemerhatian Majoriti, Aliya juga dipercayai merupakan salah seorang mangsa Ayid.

Pada mulanya, Aliya mendakwa meragui teman lelakinya tersebut merupakan seorang wanita dan rahsia itu terbongkar setelah semakin ramai individu yang tampil memberitahunya berhubung jantina sebenar Ayid.

Ayid juga pernah menggunakan identiti palsu yang mengatakan dirinya seorang doktor.

"Rupanya identiti doc itu dia ambil identiti orang lain.

"Belajar di mana, universiti mana semua dia tipu.

"Tapi kalau girlfriend lain, dia mengaku kerja manager bank," katanya lagi.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram