Chant 'iron untuk gosok baju', betul ke UKM dah mohon maaf?


  • Primer
  • Sabtu, 23 Jul 2022

Allayharham Zulfarhan Osman (tengah) bersama bapanya, Zulkarnain (kanan). — Astro Awani

INSIDEN laungan 'Ultras' Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan lirik berbunyi "Iron untuk gosok baju" nampaknya mendapat respons negatif daripada warganet.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan pegawai UKM terhadap penyokong UPNM dalam perlawanan final bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi melibatkan kedua-dua universiti terbabit.

Lebih mendukacitakan apabila chant itu turut dilaungkan pegawai hal ehwal pelajar UKM tanpa rasa segan silu di acara yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Laungan tersebut dianggap tidak sensitif kerana ia berkait rapat insiden melibatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat kes buli.

Hampir dua minggu berlalu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mana-mana pihak terutama UKM mahupun UPNM berhubung insiden tersebut sehinggalah Zulkarnain Idros iaitu bapa kepada Allahyarham Zulfarhan tampil meluahkan rasa kecewa susulan kejadian itu yang sekali gus menunjukkan perlakuan tidak sensitif pihak terbabit yang menjadikan kes kematian anaknya sebagai bahan provokasi.

Family of Zulfarhan Osman at the decision at KL High Court at the end of the defence of 18 UPNM students charged with tor abetment, injuring or murdeing a cadet marine office Zulfarhan Osman Zulkarnain.( NOV 2, 2021 ) — ART CHEN/The Star.

Zulkarnain (kiri) berharap agar insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi pada masa depan.

Malahan, Zulkarnain turut meminta pihak UKM supaya membuat permohonan maaf tetapi bukan kepada dirinya, tetapi UPNM selaku institusi yang memberi ilmu kepada arwah anak lelakinya.

Bagimanapun, UKM dan UPNM masih mengambil pendekatan untuk menutup mulut berhubung insiden itu, termasuk berkaitan luahan kekecewaan bapa Zulfarhan.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak Majoriti, beberapa sumber di universiiti terbabit mendedahkan UKM telahpun membuat permohonan maaf kepada UPNM tetapi kedua-dua universiti enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Apakah tindakan itu adil untuk keluarga Allahyarham Zulfarhan, malahan warganet masih tertanya-tanya apa kesudahannya selepas tindakan yang dilakukan ternyata memberi kesan terhadap keluarga arwah.

Sementara itu, seorang lagi warganet, Noor Elisa berkata, individu yang berkenaan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Mereka sepatutnya menjaga nama baik universiti dan tidak sepatutnya seorang yang berpelajaran tinggi mempunyai sifat demikian," katanya.

Dalam pada itu, seorang warganet, Saiful Jr Sham menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu penghinaan dan keburukan terhadap UPNM.

Namun, dia juga melihat insiden itu sebagai satu mesej yang amat tajam (berkaitan isu buli) terhadap KPT, Kementerian Pertahanan dan UPNM.

"Mereka (pelajar UPNM) harus menyampaikan ikrar taat setia kepada negara, universiti dan elakkan budaya samseng dalam kalangan pelajar apatah lagi itu adalah sebuah pusat pengajian ketenteraan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram