Enam lelaki ditahan didakwa merogol pelajar di Ipoh


  • 112
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh.

POLIS menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian di Ipoh, Perak Isnin lepas.

Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 16 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan khayal di sebuah rumah di Panorama Lapangan Terbang.

Beliau berkata, gadis itu kemudiaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa telah dirogol.

"Hasil siasatan awal dijalankan, didapati mangsa ada berkenalan dengan seorang daripada suspek. Hasil perkenalan itu, dia telah dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru.

"Mangsa itu kemudian dipercayai ditinggalkan di sebuah flat sebelum ibunya ditemui dalam keadaan separuh sedar,” katanya kepada agensi berita pada Jumaat.

Katanya, kesemua suspek ditahan selama empat hari, jadi Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keksaan. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram