Wanita maut van bertembung lori di Paloh


  • 112
  • Rabu, 20 Jul 2022

Kemalangan yang berlaku di Paloh, Johor dan mengakibatkan seorang wanita maut. — PDRM

SEORANG wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Paloh, Johor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang melibatkan sebuah van dan lori.

"Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun itu menghala ke Paloh dari arah Yong Peng, Johor dan secara tiba-tiba telah terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah van.

"Akibat rempuhan itu, penumpang van yang berusia 37 tahun telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu van pula yang berusia 37 tahun disahkan mengalami cedera parah dan sedang dirawat Hospita Sultanah Nora Ismail, Johor," katanya.

Menurutnya, pemandu lori pula tidak mengalai sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram