Tandukan Park Tae-Soo selamatkan maruah The Rhinos


  • Podium
  • Selasa, 19 Jul 2022

Park Tae-Soo berjaya membantu pasukan Sabah mengutip 3 mata berharga. — Facebook / MFL

SABAH FC berjaya bangkit dari ketinggalan menewaskan pasukan pelawat Terengganu FC dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Pasukan Terengganu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-47 selepas mendapat tambahan dua minit perlawanan di separuh masa pertama. Ia hasil gerakan yang dimulakan Azam Azmi Murad dan umpanan Petrus Shitembi kepada Manuel Ott sehingga berjaya mencetak gol.

Tamat separuh masa pertama perlawanan pasukan Terengganu berjaya mendahului skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee dengan jaringan 1-0.

Pada babak separuh masa kedua pasukan Sabah FC tidak menunggu lama untuk mencari jaringan gol dengan melakukan serangan ke arah pasukan Terengganu.

Dengan pertukaran pemain berpengalaman seperti Amri Yahya tampak memberikan kesan positif dari sudut serangan pasukan Sabah yang mana sebelum itu diketuai oleh penyerang import, José Embaló.

294842955_7687849794620792_2744239654801054631_n

Perlawanan berkesudahan 2-1 dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah.Facebook / MFL

Pada minit ke-72 hasil sepakan sudut oleh ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar berjaya disudahkan melalui tandukan pemain pertahanan import, Park Tae-Soo sehingga menewaskan Suhaimi Husin.

Kedua-dua pasukan cuba mencari tiga mata berharga apabila masing-masing berbalas serangan sebelum pemain pertahanan pasukan Sabah, Nazirul Naim dikasari oleh Azam Azmi pada minit ke-78.

Selepas dikasari, pasukan Sabah mendapat sepakan percuma dan sekali gus hasil umpanan daripada Baddrol Bakhtiar, berjaya menghasilkan jaringan gol menerusi tandukan Park Tae-Soo pada minit ke-79

Terengganu cuba menyamakan kedudukan pada masa tambahan dengan serangan balas tetapi gagal kerana barisan pertahanan Sabah berjaya mengawal kubu pasukan dengan baik.

Perlawanan berkesudahan 2-1 dengan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah yang berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua manakala pasukan Terengganu kekal di tangga kelima liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sabah, Terengganu, Liga Super, MFL, Kemenangan