Tragis, 23 terbunuh nahas bas rempuh trak sedang tukar tayar


  • Benua
  • Selasa, 19 Jul 2022

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 23 orang terbunuh dan 33 lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas dan trak bertembung di Wilayah Minya di selatan Mesir, dalam kejadian pada Selasa.

"Sebuah bas penumpang dari wilayah selatan Sohag dalam perjalanan ke Kaherah merempuh belakang trak yang berhenti di tepi jalan.

"Trak itu diletakkan di tepi jalan untuk menukar tayar dilanggar dari belakang oleh bas yang dalam perjalanan dari wilayah Sohag ke Kaherah," kata Gabenor Osama Al Qady kepada Xinhua.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

53831-n4

Bas tersebut merempuh belakang trak yang berhenti di tepi jalan. Agensi

Nahas berlaku kira-kira 200 kilometer dari Kaherah.

Kemalangan jalan raya banyak berlaku di Mesir kerana infrastruktur jalan raya tidak diselanggara dengan baik selain penguatkuasaan lemah peraturan lalu lintas.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir meningkatkan perkhidmatan rangkaian jalan raya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Kira-kira 7,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara itu pada 2020, menurut angka rasmi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mesir, Kemalangan, Trak, Maut, Kaherah, Bas