Bukan sahaja perkenal kejohanan rasmi, Yoodo tawar add-on permainan Pokémon UNITE


  • Bizz
  • Rabu, 20 Jul 2022

(Dari kiri) Ketua Penjenamaan Yodoo, Joe Jian Lee, Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun dan Ketua e-sukan Yodoo, Arvin Danial pada majlis pengumuman kerjasama Yoodo dan The Pokémon CompanyPenjenamaan

PERKHIDMATAN mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubah suai sepenuhnya dan 100 peratus digital sekali lagi mencipta sejarah sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menjalin kerjasama dengan The Pokémon Company.

Kerjasama antara Yoodo dan The Pokémon Company itu menyaksikan pengenalan pertandingan rasmi Pokémon UNITE pertama di Malaysia.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, kerjasama tersebut merupakan kolaborasi pertama sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dengan syarikat gergasi daripada Jepun itu.

“Sememangnya kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan The Pokémon Company yang dikenali serata dunia.

"Kebanyakan kita membesar dengan watak Pikachu dan Charmander. Sebab itu, Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi Malaysia pertama menjalinkan kerjasama dengan jenama global ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman kerjasama Yoodo dan The Pokémon Company bertempat di Battle Arena, Jaya Shopping Center, Selasa lalu.

IMG_20220719_144912

Tuck Mun berkata, kerjasama tersebut turut memperkukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telco peneraju yang menceburi e-sukan.

Menerusi kerjasama itu, Yoodo memperkenalkan pertandingan rasmi Pokémon UNITE pertama di Malaysia iaitu Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022 yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah AS$20,000 (RM88,990).

Mengulas lanjut, Tuck Mun berkata, pengumuman itu juga memperkukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telco peneraju yang menceburi e-sukan.

"Sehingga April 2022, Pokémon UNITE dimuat turun lebih 70 juta kali di serata dunia melalui semua platform yang menawarkan permainan ini.

"Kerjasama dan pertandingan yang dianjurkan bersama Yoodo juga merupakan kali pertama permainan popular tersebut menceburi pasaran Malaysia secara rasmi," katanya.

Tambah Tuck Mun, kerjasama itu menunjukkan bahawa pihak Yoodo amat komited dan berdedikasi menyokong bakat tempatan dalam e-sukan dari peringkat akar umbi.

"Kami berharap pertandingan yang bakal dianjurkan ini juga akan menjadi platform untuk lebih ramai lagi bakat-bakat e-sukan Malaysia untuk mempamerkan kemahiran mereka," katanya.

Selain daripada Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022, Yoodo juga mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan add-on permainan Pokémon UNITE pada Ogos 2022.

Penambahan itu adalah salah satu daripada pelbagai add-on bertemakan permainan mudah alih yang ditawarkan kepada pelanggan Yoodo.

"Ia akan membolehkan pelanggan bermain sepanjang hari melalui tambahan data 20GB," ujarnya.

Pendaftaran untuk Kejohanan Terbuka Pokemon UNITE Malaysia 2022 akan dibuka dari 27 Julai sehingga 30 Ogos, dan Grand Finals akan mengambil tempat pada 10 September ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram