
TATKALA orang ramai berdepan tekanan apabila berdepan dengan kesesakan lalu lintas, namun lain pula idea licik seorang pemandu lori untuk menghilangkan stres tersebut.
Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki tersebut kononnya menasihati orang ramai supaya tidak mudah tertekan atau 'koyak' apabila berdepan dengan kesesakan lalu lintas.
"Hati kena kental. Rezeki mata kena kongsi," tulisnya.
Pada masa sama, hantaran tersebut turut disertakan dengan gambar paha seorang wanita yang berada di sebelah kenderaan pemandu lori itu.
Tindakan itu sekali gus mengundang kecaman orang ramai, yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tidak sopan pemandu lori tersebut.
"(Seseorang boleh) mendapat gangguan seksual apabila terperangkap dalam kesesakan," kata seorang pengguna Twitter yang dikenali @unfugable.
Begitu juga kata @norabiyah bahawa lelaki gatal atau pervert hanya akan menyalahkan wanita kerana berpakaian tidak sopan, sedangkan lelaki yang tidak dapat mengalihkan pandangannya.
Ada juga yang menganggap tindakan lelaki itu sebagai satu pencerobohan privasi, sementara ada yang berpendapat bahawa cermin gelap diperlukan untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang.
Masa dan lokasi kejadian sebenar kejadian itu masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram