Kerjasama Majoriti-Yoodo tawar ganjaran eksklusif


  • Bizz
  • Selasa, 14 Jun 2022

Dari kiri; Tuck Mun, Idham Nawawi, Alex Yeow dan Eng Lee bergambar selepas majlis MoU Majoriti-Yoodo pada Rabu.

SELEPAS memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat terkenal, kali ini Majoriti menyaksikan kerjasama dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom), yang mana kedua-dua organisasi memberi pengguna berita terkini dan mengujakan.

Kerjasama itu akan menyaksikan portal berita Bahasa Malaysia yang semakin dikenali dan perkhidmatan digital sepenuhnya milik Celcom, Yoodo teruja dalam memberi ganjaran kepada kedua-dua jenama menerusi tawaran menarik.

Bermula 15 Julai hingga 15 Oktober 2022, pengguna baharu dan sedia ada Yoodo akan diberi langganan Majoriti secara percuma selama setahun bernilai RM99, sekiranya mereka memperkenalkan Yoodo kepada kenalan.

Pengguna juga berpeluang menerima baucar staycation bernilai RM200.

Kedua-dua ganjaran ini merupakan sebahagian daripada Kempen Refer-To-Win Yoodo.

Berkongsi fokus Yoodo untuk membina komuniti yang kuat, Majoriti menggalakkan perbincangan progresif melalui penyediaan naratif yang tidak berat sebelah mengenai hal ehwal semasa.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Alex Yeow di @celcom, dekat Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee berkata, pihaknya percaya bahawa kunci kepada jenama yang kukuh adalah melalui komuniti yang mereka libatkan.

"Sebagai media berita, kami juga mempunyai tujuan sosial untuk dipenuhi dan fokus utama kami adalah untuk membawa berita yang telus dan dipercayai, yang mana ia adalah faktor penting kepada para pembaca.

"Melihat orang ramai menghabiskan sebahagian besar masa mereka kepada peranti mudah alih, adalah wajar untuk mereka mencari berita terkini. Yoodo memahami keperluan dan kehendak pengguna moden, manakala Majoriti memahami kepentingan pembaca untuk mengetahui perkembangan semasa.

"Yoodo menyediakan platform yang sempurna untuk meneliti berita melalui liputan rangkaian mereka yang luas, manakala Majoriti membawa kandungan yang pelbagai. Kami berharap perkongsian ini akan memberi yang terbaik kepada pembaca kami," katanya.

Sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi digital sepenuhnya di Malaysia, Yoodo berbangga sebagai perintis dalam membenarkan pengguna menyesuaikan pelan internet mengikut keperluan khusus mereka. Melepaskan diri daripada rancangan berstruktur konvensional, Yoodo memberi pengguna kelonggaran untuk mencipta pengalaman yang diperibadikan sepenuhnya.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, Yoodo berdedikasi untuk menyediakan pengguna dengan kebolehcapaian dan kemudahan semasa dalam perjalanan.

"Kami memberi tumpuan untuk mencari rakan kongsi yang berfikiran sama dari segi menyediakan tawaran sedemikian kepada pengguna.

"Dengan perkongsian ini, kami boleh memastikan bahawa pengguna kami mempunyai akses mudah kepada berita yang pantas dan boleh dipercayai, di samping faedah tambahan dan tawaran eksklusif.

"Perkongsian antara jenama digital dan media digital menjadikan gandingan yang sempurna dan kami berharap dapat mencari kaedah lebih menarik untuk mengadakan kerjasama, bertujuan membawa ganjaran selanjutnya kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Chung menambah, beliau turut teruja untuk berkongsi bahawa Majoriti akan memperkenalkan penerbitan akhbar mingguan dikenali sebagai Majoriti 7, tidak lama lagi.

Penerbitan akhbar itu akan menyediakan kandungan mendalam, yang memfokuskan pada berita dan perkembangan semasa di dalam dan di luar negara, topik berlandaskan politik, sosial, sukan serta hiburan.

Menggunakan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisarkan tentang penyediaan berita dan pandangan tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti kini mula menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi meneruskan usahanya untuk membawakan pelbagai tawaran menarik.

Rakan kongsi sedia ada termasuk Grab Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad (PRYSM), Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.

Orang ramai boleh melayari majoriti.com.my untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti.

Untuk maklumat lanjut tentang Yoodo, ikuti Yoodo di www.facebook.com/yoodoMY atau layari www.yoodo.com.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram