Selangkah lagi dapat kulit berseri untuk pembaca Majoriti


  • Bizz
  • Jumaat, 11 Feb 2022

KERJASAMA strategik antara Majoriti dan Garden of Eden dimeterai di Taman Korporat Zenith, Kelana Jaya, Selangor. — FAIHAN GHANI/The Star

PRODUK penjagaan kulit berasaskan tumbuhan dan bebas uji kaji terhadap haiwan, Garden of Eden menawarkan diskaun eksklusif kepada pembaca portal yang semakin dikenali, Majoriti.

Menerusi kerjasama antara kedua-dua pihak, Garden of Eden menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi semua produk jenama itu untuk dinikmati para pencinta penjagaan kulit.

Ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee berkata, semakin ramai individu yang bukan sahaja menitik beratkan produk paling berkesan untuk penjagaan kulit, malah mereka juga memilih produk yang kurang membahayakan alam sekitar.

“Garden of Eden memahami kebimbangan tentang kesan terhadap alam sekitar ini, selain menyediakan rangkaian penjagaan kulit untuk memenuhi setiap keperluan.

“Ini selari dengan Majoriti yang komited untuk menjadi sumber berita dipercayai kepada rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Garden of Eden mempunyai falsafah untuk menjadi pakar penjagaan kulit yang paling dipercayai untuk pengguna mereka,” katanya.

Tambah beliau, komitmen Garden of Eden adalah untuk memastikan bahan yang digunakan mempunyai standard tinggi, bagi memberi manfaat kepada pengguna mereka, sekali gus mencerminkan komitmen Majoriti untuk mengekalkan standard kewartawanan.

“Dalam dunia hari ini, kami memahami keperluan untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik. Bermula dengan naratif menarik yang mencetuskan perbualan kepada berita tergempar, Majoriti menyasarkan untuk menjadi sumber berita yang boleh dipercayai,” katanya.

Sementara itu, sebagai pemilik jenama Garden of Eden, Pengurus Besar Maxwell Pharma Sdn Bhd, Chew Wei Lin berkata, wujud trend kukuh terhadap produk berasaskan bahan semula jadi yang lebih selamat untuk digunakan untuk penjagaan kulit.

“Kami menggunakan bahan berasaskan tumbuhan yang dibuktikan oleh sains untuk merawat dan menjaga kulit.

“Sebilangan 100 peratus serum semula jadi kami telah terbukti secara klinikal keberkesannya oleh pusat penyelidikan klinikal USFDA (Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat), dan berkesan merawat keadaan kulit tertentu seperti pigmentasi, jerawat, kulit kering, parut, dan stretch mark (parut akibat regangan),” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga teruja untuk melebarkan kerjasama dengan Majoriti, disebabkan hala tuju berita dan kandungannya yang membolehkan mereka memanfaatkan ekosistem mereka.

“Kami percaya, perkongsian ini akan mencipta nilai yang menarik dan mampan dalam platform masing-masing,” katanya.

Majoriti yang juga portal berita bahasa Malaysia memberi tumpuan dalam menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa, selain membawa nilai tambah kepada pelanggan bersama rakan kongsi strategiknya.

Dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang penyediaan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti mula bekerjasama dengan kepelbagaian rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad (PRYSM), Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.

Orang ramai boleh melayari majoriti.com.my untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram