BERITA baik buat penggemar masakan kafe rangkaian terkemuka tanah air, Secret Recipe yang kini menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus daripada jumlah bil pelanggannya.
Diskaun eksklusif itu termaktub kepada pembaca portal yang semakin dikenali ramai, Majoriti dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM35.
Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee berkata, Secret Recipe merupakah jenama tempatan yang digemari dan dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Sebagai salah satu rangkaian kafe terkemuka di negara ini, Secret Recipe adalah perkara yang segera terlintas di fikiran apabila kita memikirkan tentang kek yang lazat untuk meraikan majlis-majlis istimewa.
"Dengan rangkaian luas hidangan kek dan makanan kafe yang lazat, Majoriti teruja untuk bekerjasama dengan Secret Recipe untuk menambat hati pengguna kami," katanya.
Tambahnya, Secret Recipe adalah jenama yang patut dikagumi kerana ia sentiasa mencari kaedah inovatif untuk kekal segar dan terkini menerusi tawaran yang diberikan.
"Begitu juga dengan portal ini yang sentiasa berusaha untuk menyajikan kandungan yang tepat dan relevan dengan apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh pembaca kami. Sungguh mengagumkan apabila jenama terkenal seperti Secret Recipe sentiasa memperkenalkan kaedah baharu untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna mereka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim berkata, kerjasama dengan pelbagai platform adalah penting bagi pihaknya untuk terus melibatkan pelanggan serta memanfaatkan platform masing-masing.
"Menerusi kerjasama dengan portal berita utama seperti Majoriti, pelanggan dapat menikmati lebih banyak manfaat melalui langganan mereka, yang seterusnya mendorong lebih ramai pelanggan ke tempat kami," katanya.
Majoriti yang juga portal berita bahasa Malaysia memberi tumpuan dalam menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa, selain membawa nilai tambah kepada pelanggan bersama rakan kongsi strategiknya.
Dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang penyediaan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.
Majoriti mula bekerjasama dengan kepelbagaian rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.
Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad (PRYSM), Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.
Orang ramai boleh melayari majoriti.com.my untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti. — Majoriti
*Nota: Diskaun tidak terpakai untuk pembelian sebiji kek.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram