Nampak 'sweet' kanak-kanak sarung cincin, tapi guru 'taksub' media sosial dianggap melampau ajar tak kena tempat


  • Tular
  • Selasa, 28 Jun 2022

Gelagat dua kanak-kanak melakukan trend TikTok sarung cincin yang tular baru-baru ini.

BARU-BARU ini tular rakaman video di aplikasi TikTok menunjukkan dua kanak-kanak tadika melakukan trend sarung cincin dan menari sambil menutup muka tanda malu.

Apa yang menarik perhatian, bukan gelagat kedua-dua anak kecil itu, tetapi sikap keprihatinan individu yang membuat rakaman perkara tersebut.

Tentu sahaja membuat rakaman video kanak-kanak di bawah umur tanpa izin ibu bapa atau penjaga menjadi satu kesalahan.

Perkara tersebut turut membuatkan pakar motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi meluahkan pandanganya menerusi hantaran di Facebook.

Rakaman yang tular bekaitan dua kanak-kanak sarung cincin. — TikTok

Menyifatkan perbuatan itu sebagai satu hal yang tidak wajar dilakukan oleh generasi muda sekarang lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak.

"Bila saya tengok saja terus rasa, ya ALLAH apa benda ini? Cikgunya tidak ada kerja lain ke? Demi secebis 'konten', sanggup gunakan budak-budak untuk ikut trend video TikTok?

"Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak itu joget-joget sambil tutup muka. Kau ingat benda ini kelakar? Nampak 'sweet' bila budak kecil yang buat?," luah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar golongan yang ditugaskan untuk melindungi dan mendidik anak-anak seharusnya mengajar perkara positif serta menidakkan hal-hal tidak wajar.

"Eloknya diajar tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat, kau pula ajar mereka bersentuhan begini.

"Nak normalisasi budaya 'couple' pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ini?," ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan agar tindakan merakam atau membuat kandungan sedemikian sebagai satu kegiatan tidak beretika dan dianggap melampau.

Pendidik seharusnya menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbing murid-murid agar melahirkan generasi yang mampu berbakti kepada negara dan masyarakat, bukan menggalakkan pelajar dengan kandungan sampah di media sosial.

Video tersebut dimuat naik ke TikTok menerusi akaun yang dikenali sebagai @cumie171.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram