Ibu tangisi pemergian anak syurga, ajal ketika memancing di Kuantan


  • 112
  • Isnin, 27 Jun 2022

Ibu mangsa memangku jenazah anaknya yang ditemukan lemas ketika memancing berhampiran balai raya Chengal Lempong pada Ahad. — Ihsan bomba

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama dua lagi rakannya berhampiran balai raya Chengal Lempong di Kuantan, Pahang, pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity ditemukan oleh orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans namun pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Rata-rata netizen mendoakan ibu kepada mangsa supaya tabah menghadapi dugaan besar itu selepas kehilangan anak secara mengejut.

"Ya Allah... betapa hancurnya hati ibu nak terima kenyataan yang menyakitkan dalam sekelip mata (kemalangan) berlaku. Semoga kuatkan ibu ini untuk meneruskan hidup," katanya di ruangan komen Facebook Bomba dan Penyelamat Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram