Warga emas nyaris maut dirempuh pemandu lori 'gila'


  • Tular
  • Isnin, 27 Jun 2022

SATU rakaman tular di Facebook menunjukkan sebuah lori dipandu secara merbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di page Info.Semasa, mangsa yang merupakan seorang warga emas mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan dan pinggang serta mendapat rawatan di hospital.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan itu menyebabkan warganet meminta pemilik video asli membuat laporan polis terhadap pemandu terbabit.

Rakaman tular sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan langgar lari. — Facebook

"Abang tolong buat laporan polis," komen Pahit Untul Ditelan.

"Bawah pengaruh dadah," dakwa Juwes Saxena Malcom merujuk kepada kelakuan pemandu lori itu.

Rakaman video itu juga menunjukkan pemandu berkenaan beberapa kali memasuki laluan bertentangan terutama di bahagian selekoh jalan sehingga hampir mengakibatkan kemalangan dengan kenderaan dan motosikal lain.

Disebabkan itu, warganet mengesa agar orang ramai membantu bagi mengesan pemandu lori 'pick up' berwarna kelabu yang terlibat dalam kejadian langgar lari ditahan segera.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat pemandu tersebut berkemungkinan berada di bawah pengaruh barang terlarang.

lori pandu bertentangan

Tangkap layar lori pick up berwarna kelabu yang memasuki laluan bertentangan sebelum muncul sebuah kenderaan lain. — Facebook

290462742_567906064745159_2702593576173778413_n

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala. — Facebook

Namun, sayangnya rakaman video yang kurang jelas menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti nombor pendaftaran lori tersebut.

Sementara itu, Majoriti sedang dalam usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram