'Rider' 23 tahun maut terbabas di selekoh susur keluar tol Pendang


  • Tular
  • Ahad, 26 Jun 2022

Tangkap layar rakaman tular kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di susur keluar tol Pendang, pada Ahad. — Facebook

TULAR di media sosial satu kejadian kemalangan maut dipercayai di Pendang, Kedah pada Ahad.

Dalam kejadian itu, perakam memaklumkan bahawa berlaku satu kemalangan di susur keluar tol Pendang melibatkan seorang penunggang motosikal.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, dia mendakwa penunggang motosikal tersebut dilihat terbabas ketika melalui selekoh jalan tersebut.

"Dia keluar dari Pendang, mangsa sorang-sorang (seorang) saja. Dia kona (ambil selekoh) mai habis tu nampak dia macam terbabas tapi keadaan mangsa dah meninggal," katanya dalam video tersebut.

Pada masa sama, dia turut meminta warga Pendang untuk membantu mengenal pasti identiti mangsa.

Video tular kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di susur keluar tol Pendang, pada Ahad. — Facebook

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, identiti mangsa dikenali sebagai Ilyas Marzuki.

Menurut seorang pengguna Facebook, Wan Shukri, jenazah sudah dibawa ke hospital untuk urusan lanjut.

"Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut," katanya.

Sementara itu, semakan Majoriti ke atas nombor pendaftaran motosikal mendapati identiti mangsa sama seperti yang dikongsikan warganet.

Mangsa yang berusia 23 tahun, berasal dari Kampung Celong, Jalan Sungai Tiang berdasarkan alamat pemilik kenderaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram