Indahnya pemergian Ilyas, 'rider' maut di Pendang pendiam, tapi suka senyum


  • Massa
  • Isnin, 27 Jun 2022

Arwah Ilyas yang maut kemalangan motosikal, selamat dikebumikan pada Ahad. — Facebook

PENUNGGANG motosikal yang maut dalam kemalangan di susur keluar tol Pendang, Kedah pada Ahad disifatkan sebagai seorang pendiam namun mudah tersenyum.

Keperibadian mangsa, Allahyarham Ilyas Marzuki, 23, itu dikongsikan seorang wanita, Zaitun Hanaffi, yang dipercayai adalah ibu kepada rakan mangsa.

"Arwah sebaya anak saya, bersekolah di sekolah yang sama. Raya puasa baru ni, dia mai (datang) rumah dengan kawan-kawan dia.

"Arwah baik orangnya tak banyak bercakap tapi suka senyum," kongsinya di ruangan komen berita kematian arwah yang dimuat naik di Facebook Pendang.

Video tular kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di susur keluar tol Pendang, pada Ahad. — Facebook

Zaitun turut menzahirkan ucapan takziah kepada kepada keluarga Ilyas atas pemergian anak bongsu mereka itu.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Nurul Nurul berkongsi gambar-gambar pengebumian arwah yang selamat dilaksanakan pada Ahad.

"Ya ALLAH sungguh indah perjalanan untuk arwah meninggalkan dunia ini, dia adalah anak menakan (anak saudara) iaitu Ilyas Marzuki... semoga roh arwah dicucuri rahmat, terima kasih yang mendoakannya, Amin," tulisnya.

Pada Ahad, mangsa yang dipercayai menunggang motosikal secara berseorangan maut selepas terbabas ketika melalui selekoh jalan keluar tol Pendang, pada Ahad.

Arwah berasal dari Kampung Celong, Jalan Sungai Tiang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram