Selipar jadi petunjuk, remaja lemas di Sarikei ditemukan


  • 112
  • Isnin, 27 Jun 2022

Mayat remaja yang hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tasik tempat mengorek pasir, ditemukan pada Isnin. — Ihsan bomba

SEORANG remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tasik tempat mengorek pasir di Jalan Kin San, Sarikei, Sarawak kira-kira 58 kilometer dari Sibu, ditemukan lemas 12.30 tengah malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Terry Leon Zi Jun, 13, ditemukan oleh anggota keluarganya setelah operasi mencari yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ditangguhkan pukul 10.30 malam ekoran cuaca gelap.

289386551_160582586509818_4011268857384910572_n

Selipar mangsa yang dijumpai di tepi tasik berkenaan. — Ihsan bomba

"Berikutan penemuan itu yang turut disahkan oleh pihak polis, operasi mencari itu ditamatkan pada pukul 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, terdahulu panggilan berhubung kehilangan remaja berkenaan diterima kira-kira pukul 8.35 malam dan BBP Sarikei mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggotanya.

Ketika tiba di lokasi kejadian, hanya selipar mangsa dijumpai di tepi tasik berkenaan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram