Lelaki maut dihempap forklift di Sandakan


  • 112
  • Selasa, 14 Jun 2022

Mangsa maut selepas dihempap forklift yang dikendalikannya dalam kejadian di Jalan Karamunting Pelabuhan Sabah, Sandakan. — Sinar Harian

SEORANG lelaki maut dihempap forklift dalam kejadian di Jalan Karamunting Pelabuhan Sabah di Sandakan, Sabah awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Said Hassan berusia 60-an dikatakan sedang mengendalikan jentera itu, namun gagal mengawalnya sehingga menyebabkannya dihempap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.46 pagi.

"Ketika kejadian mangsa sedang ketika mengendalikan forklift terbabit untuk kerja-kerja mengangkat mesin.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 7.55 pagi," katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Lelaki, maut, forklift, Sandakan, PDRM, Jimmy Lagung