SEORANG nelayan Indonesia yang botnya karam akibat dilambung ombak kuat, telah diselamatkan oleh nelayan tempatan di Kota Tinggi, Johor.
Lelaki itu ditemui nelayan tempatan kira-kira pukul 8 pagi Sabtu (11 Jun 2022), kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria.