11 maut, 32 selamat dalam insiden bot karam bawa pendatang haram


  • Benua
  • Jumaat, 13 Mei 2022

Pengawal pantai cuba menyelamatkan penumpang di atas bot yang terbalik di Puerto Rico. —  Twitter USCGSoutheast

SEBANYAK 11 orang maut dan 31 lagi diselamatkan dalam insiden bot karam di luar pantai Puerto Rico pada Khamis, menurut Pengawal Pantai AS.

Menurut ciapan pegawai pantai di Twitter, setakat petang Khamis kru yang bertindak pantas berjaya menyelamatkan 31 mangsa iaitu 11 wanita dan 20 lelaki, manakala "11 mangsa yang maut sudah ditemui," lapor Xinhua.

Kapal yang karam kira-kira 12 batu (19 km) di utara Pulau Desecheo Puerto Rico itu, dipercayai telibat membawa "pendatang haram", kata agensi itu, sambil menambah kebanyakan penumpang di dalam bot itu dilaporkan dari Haiti.

Pengawal Pantai menerima laporan kira-kira tengah hari mengenai "sebuah kapal yang karam dengan penumpang yang kelihatan tidak memakai jaket keselamatan".

Pengawal Pantai dan agensi rakan kongsinya segera bertindak meskipun tidak jelas akan jumlah mangsa berada di atas bot itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, Puerto Rico, bot, karam, pendatang haram